Pasti
ramai yang mengetahui misteri dan kisah pelik yang sering berlaku di
segitiga bermuda. Kali ini, dikongsikan kisah misteri yang dialami
sendiri oleh rakyat Malaysia yang merupakan seoranf Krew sebuah kapal
kargo milik malaysia. Baca kisah beliau:-
Tanggal
8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada
hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia
selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan
cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui
pelayar-pelayar dari malaysia.
Apabila
tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major
ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini.
Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke
pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki
helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
petang
menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo
selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran
perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia
begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah
pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita
tetap membantu.
aku,ramzul
dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan
30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa
la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain
saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan
lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar
berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu
disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa
bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai
nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard
depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon
pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover
kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah.
tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke
kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? kata
bahtiar. "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal
la pulak aku join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan
berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga
bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang
nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang
korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan
dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul
seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti
gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat
misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan
tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna
kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak
tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh
yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan"
madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan
kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap
singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan
pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa
yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada
negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera
marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada
keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila
kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau
apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di
tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah
dia laluan segitiga bermuda.
bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Hati
aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang
ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka
semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar
setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia
beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal
tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia
pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba
siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi
yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang
terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak
seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti
dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten
zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan
seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada
ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan
guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya
seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
Aku
turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka..
alhamdulillah mereka sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata
bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama
sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang
keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan
kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak
bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku
kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang
tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa
maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung.
ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana
aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah..
apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya"
kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang
muncul didepan kapal merempuh kami seperti gelombang magnetik dan
kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah
semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa
ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru
kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu
muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami
lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk
rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan
mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN..
tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. ya Allah kabus hitam itu
menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang
kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah
kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar
dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami
ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan
terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan
yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak
bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku
Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA
BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan
selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung
nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai
melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan..
selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya
tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini
aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa
yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga
ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon
melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan
termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula
cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus
menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat
hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh
membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI
LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari
bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan
pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa
yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal
kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan
mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak
teruurus. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga
hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk
itu sendiri dimana perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang
lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja.
lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama
yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal
santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan
pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal
berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal
bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin
itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan
musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang
berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar
dari Allah yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk
islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air
selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak
ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH
MAHA BESAR.. wassalam...
0 comments:
Post a Comment