Pihak berkuasa di Mexico terpaksa campur tangan untuk
menyiasat mengapa wanita ini tidak bersalin di dalam klinik.
Menurut
keterangan surat khabar La Razón de México yang menulis mengenai foto
kontroversi itu, wanita ini dipaksa menunggu selama dua jam untuk
mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.
Wanita ini dikenalpasti sebagai Irma López Aurelio. Awalnya
wanita berusia 28 tahun ini terbangun di rumahnya sebelum subuh pada
tanggal 2 Oktober 2013 kerana kesakitan yang sangat kuat pada perutnya.
Sesampainya di klinik, air ketuban Lopez pecah. Kakitangan
di klinik itu memeriksanya, tetapi mereka tidak memasukkan Lopez ke
ruang bersalin. La Razon melaporkan klinik itu menyatakan mereka
kekurangan kakitangan.
Dua jam kemudian, atau sekitar pukul 8 pagi, Lopez
menjatuhkan salah satu lututnya di atas rumput di luar klinik dan mula
‘meneran’. Ibu dua anak ini tahu betul bila masanya bayi akan keluar.
Barulah setelah itu beberapa kakitangan klinik berlari
keluar untuk membantu si wanita dan kemudian ibu dan bayi laki-lakinya
yang sihat itu terus dibawa masuk dan diberi rawatan yang mereka
perlukan.
0 comments:
Post a Comment