ANAK JOKOWI MAKAN DAGING BABI
Anak bongsu Presiden Indonesia Jokowi, Kaesang
Pangarep telah berkongsi pengalaman hidupnya apabila termakan daging
babi dalam penulisannya di blog peribadi iaitu misterkacang.blogspot.com.
Dalam entri blog peribadinya itu, dia berkata
pernah merasai daging babi di sebuah food court berdekatan dengan
asramanya. Peristiwa itu berlaku pada tahun lepas ketika dia dihantar
belajar di Sekolah Anglo-Chinese di Singapura.
Dia langsung ke medan selera tersebut apabila
bersendirian selepas abangnya balik ke Solo, Indondesia. Sampai ke medan
selera itu, dia melihat daging berbentuk kotak tergantung di sebuah
restoran. Terpengaruh dengan godaan nafsu makannya yang membual-buak,
dia lantas memesan daging itu untuk dibuat santapan.
Apabila merasai pesanan daging itu, dia
mengatakan inilah daging yang paling sedap pernah dimakannya kerana
begitu lembut, empuk dan ada rasa kemanisannya. Dek kerana itu, dia
ingin memesan satu lagi daging itu dalam bungkusan untuk dibawa pulang
ke asrama sebagai santapan kali keduanya.
Belum sempat memesannya lagi, barulah dia
berfikir daging apa yang super sedap dimakakannya itu tadi? Dengan rasa
ingin tahunya itu, lantas dia bertanya kepada penjual daging itu, lalu
penjual itu menjawab. “Itulah daging babi.” Mendengar ucapan
penjual itu, dia amat menyesali perbuatannya itu, dengan mengatakan ”
pertama kali di Singapore udah bikin dosa. Udahlah dosa gue banyak,
ditambah lagi gara-gara memakan daging babi.”
Menyesal dengan perbuatan itu, lantas dia
mencari Masjid terdekat untuk segera bertaubat. Lalu, dia mendirikan
solat, tetapi ketika sedang solat, ingatannya tidak khusyuk gara-gara
teringat akan keenakan daging babi yang dijamahnya tadi. Bertambah kali
gandalah dosa yang dirasainya.
Namun, bagi menghapuskan ingatannya terhadap
rasa daging babi tu, dia mencari makanan yang juga berasaskan daging,
tapi kali ini daging kambing. Setelah makan daging kambing itu, dia
berkata,” daging kambing tidak mampu menandingi rasa keenakan daging
babi tadi.”
0 comments:
Post a Comment