Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya. Moga kita perolehi sedikit ilmu ya kenapa Allah AWT pilih Nabi Isa untuk membunuh dajjal
Begini
kisahnya…..Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan
Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal…Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?
Ustaz
kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan
peristiwa baginda disalib… Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj
baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW…Oleh kerana mengetahui
kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon
kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat
Muhammad..
Maka
doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda
diturunkan apabila hampir kiamat nanti…Seperti yang diketahui, ketika
Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum
berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal
laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40
tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang
berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.
Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab…Begitu kisahnya..
0 comments:
Post a Comment