Powered by Blogger.

Isu Merkuri dalam Produk Qu Puteh: Ahli Farmasi Jawab Persoalan


KENAPA ADA MERKURI DALAM KOSMETIK QU PUTEH?
Pengunaan merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.
Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.
Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.
BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?
Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.
Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.
Selain Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).
Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.
KESAN BURUK MERKURI
Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.
WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.
TANDA-TANDA KERACUNAN MERKURI
Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.
“Tidak adil untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia”.
“Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih”
Sumber: RAHMAN BACO, Pharmacist
Share on Google Plus

About Unknown

Maklumat dihujung jari anda.

0 comments:

Post a Comment