Media Hiburan hari ini dikejutkan dengan aksi pelakon dan penyanyi, Arja Lee, memuat naik video bermain bola di laman Instagramnya dengan hanya berseluar dalam.

Rentetan tersebut ramai di kalangan follower Arja mengkritik aksi bermain bola dengan berseluar dalam itu tidak patut dimuat naik.


""Timbang bola pun tak pandai. Publisiti Murahan. Konon dengan memakai seluar dalam, nampak elok ke? Malukan kaum adam sahaja," ujar Fizzo Ahmad.
"Kerja sudah kurang sangat ke Arja Lee sampai kena muat naik video ini, padamlah, malu," kritik Jiah Radziah.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram Arja ada juga yang memberitahu bahawa akaunnya telah dicuri dan digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.



"Hi semua, untuk pengetahuan video ini telah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri telefonnya semalam," kata Andysiti.
Menurut sahabat Arja pula, sebenarnya telefon Arja telah hilang dan kes ini sudah pun dirujuk kepada pihak Polis..


"Untuk pengetahuan anda, telefon arja telah hilang malam tadi. Video ini dimuat naik oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kes ini telah sampai ke pihak Polis. Saya sebagai sahabat Arja, tahu yang Arja tidak akan memuat naik perkara macam ini. Jangan fitnah," jelas Zulhilmie Zainal.